Keesokan
pagi awal-awal pagi lagi Nika ke rumah Tuan Rahmad. Dia terpaksa menggantikan
emaknya bekerja di rumah besar hari ini berikutan keadaannya tidak mengizinkan.
Suasana
sunyi menyambut ketibaannya masuk. Sejak dua tahun yang lalu, ini kali pertama
Nika masuk ke dalam rumah itu lagi. Dapur mewahnya masih seperti dulu kemas dan
bersih. Benar-benar tidak pernah dikotori dan kelihatan seperti tidak
berpenghuni. Tidak mahu berlambat dia segera menjalankan segala pesanan emaknya
yang menyuruhnya membasuh pakaian dahulu sebelum membuat sarapan pagi untuk Raylan
Faris, tuan baru rumah itu.
Kerjanya
tidaklah sukar, dia cuma perlu membiarkan mesin basuh itu bekerja dengan sendirinya
sementara dia membuat kerja lain. Sarapan telur goreng hancur, sosej dan juga
susu segar siap dihidangkan di atas meja sebelum beralih ke kerja seterusnya di
tingkat atas rumah itu.
Ada
empat buah bilik di atas, dua di bahagian depan dan dua lagi di belakang. Di hujung
sebelah kanan terdapat sebuah lagi ruang yang ditutupi tabir panjang sepanjang
ruangannya. Untuk ke ruangan itu dia perlu melintasi dua buah bilik yang saling
berhadapan. Di situlah letaknya bilik Raylan Faris. Mengikut peta emaknya. Di
hadapannya pula kelihatan balkoni yang ditutupi tabir nipis di sebelah ruang
menonton tv, boleh dilihat oleh sesiapa pun yang menaiki tangga ke tingkat ini.
Kenapa dia sangat berminat dengan balkoni itu? Itulah balkoni yang dapat
dilihat dari rumah kecilnya di mana, seseorang sejak kelmarin berdiri di situ
seperti sedang memerhati.
Masuk sahaja ke bilik yang tepat, dia mula mengemas katil dengan rapi, mencari
habuk yang tidak kelihatan dan ke bilik air lalu mencebik di situ, berkata dalam hati saja tentang pengotornya tuan punya bilik itu yang meninggalkan bilik airnya dengan barang
mandian bersepah di sana-sini. Tangannya laju menyusun barang mandian tadi ke
atas rak. Kemudian dia mula menyiram pencuci lantai hampir setengah botol di atas
lantai dan menyapu lantainya dengan span besar yang ditemuinya dalam almari
sebelum dia terkejut ketika pintu bilik air itu diterjah secara tiba-tiba!
Nika
sempat terpandang seorang lelaki yang berundur semula dari pintu. Dia bingkas
berdiri dan berkata dari balik pintu. “Maaflah…”
“Kamu
siapa?” soal lelaki itu yang tidak syak lagi Raylan Faris.
“Oh…
saya anak Puan Ros, dia kurang sihat hari ni jadi saya ganti emak
bersihkan rumah encik..” sahut Nika dari balik pintu dan mereka berdua sekarang
hanya saling mendengar suara.
“Encik
hendak guna bilik air?” tanyanya lebih kuat.
“Tak
mengapa, saya pergi ke bawah saja..”
‘Terima
kasih atas kerjasama tu’ katanya dalam hati dan kembali menyirami bilik air
yang sekarang dipenuhi buih sabun dan berbau harum. Selepas mengemop
lantainya hingga kering dia segera keluar setelah memastikan ianya sangat bersih dan berkilat pada pandangannya dan juga tidak mahu bertembung lelaki itu.
Bagaimanapun
cadangannya cuba mengelak
dari bertembung Faris tersasar kerana mereka berdua sudahpun terserempak di
tangga dan kini bertentang mata dalam lima
saat yang kaku.
Nika berdehem kecil yang langsung tidak membantunya menghilangkan dari rasa berdebar. Terpaku seketika melihat wajah sebenar Raylan Faris. Dia teringat....
Nika berdehem kecil yang langsung tidak membantunya menghilangkan dari rasa berdebar. Terpaku seketika melihat wajah sebenar Raylan Faris. Dia teringat....
“O….
hai, errr…. saya dah siapkan sarapan, encik mahu saya bawanya naik ke atas,” katanya.
Faris
melangkah dengan sangat perlahan yang membuat Nika perasan akan sesuatu bila
lelaki itu menggaru kening kirinya dan mempamerkan luka di lengan yang
berbalut.
“Encik… emm... yang datang ke ‘emergency’ tu kan , ingat lagi.. saya yang jahit luka
tu?” kata Nika dengan matanya beria-ia benar melihat pada lengan Faris.
Faris
melihat lengannya sebelum berkata. “Ahhh… ya…” jawabnya lambat sambil memegang
tangannya yang berbalut, keningnya turut berkerut.
Nika
menganggap yang lelaki itu telah melupakannya atau memang tidak ingin
mengingatinya.
“Saya
Nika. Anak Puan Ros. Encik Raylan Faris kan ..”
sungguh bodoh bunyinya bila dia menyebut ‘Raylan Faris kan’ padahal dia
sudah tahu lelaki itu siapa.
Faris
cuma tersenyum kelat dan mengangguk dengan berat sekali, seolah-olah menggambarkan
betapa dia tidak gembira dan jelaslah tidak mahu langsung melihat anak orang gaji
yang bertaraf rendah sedang bercerita dengannya.
Melihat
reaksi Faris, Nika cepat-cepat turun dan berjalan di sebelah Faris yang kaku di
tangga. Betullah kata emaknya, lelaki itu tidak pandai bercakap. ‘Rugi benar
diberi mulut yang boleh dipakai,’ detus hati Nika jahat tapi dalam hati saja
dia berani mengatakannya walaupun dia teringin hendak meluahkan. Malah detik
itu juga dia tidak percaya kalau Faris adalah lelaki yang berdiri dengan
prihatin di balik tabir seperti yang dilihatnya dari rumah kecil. Barangkali di
rumah itu masih ada roh Tuan Rahmad yang sedang berlegar-legar.
Bagaimanapun
Nika harus mengakui yang lelaki itu menakjubkan betul tarikannya. Dia memiliki
mata, hidung mancung dan bibir yang menawan yang langsung tidak padan benar
dengan sikap dingin luar biasanya.
Hampir
pukul satu petang barulah kerja-kerjanya di rumah besar selesai. Nika kembali
menemani emaknya di rumah yang sudah boleh bangun tapi masih terdapat lebam di
pinggir matanya. Irfan juga langsung tidak keluar rumah, katanya dia mahu
menunggu ayahnya mereka pulang dan memberinya sepatah dua kata. Tapi sehingga
ke malam menjelang orang tua itu langsung tidak muncul-muncul.
*
Selepas
beberapa hari cerita ayah mereka memukul emaknya, Irfan kemudian kembali ke
kolej setelah cutinya tamat meninggalkan Nika dan emaknya, juga ayahnya
yang tidak lagi mengamuk tak tentu pasal. Itu kerana, ayahnya tidak pulang tiga hari lalu dan bila balik dia sibuk memotong rumput di kawasan taman.
“Jadi…
tak ganti emak kau kerja lagi..” tanya Zakiah ketika mereka berdua sedang
mengusung pesakit lelaki yang kesakitan terkena tembakan di kakinya manakala
tangannya pula digari pada palang katil. Mereka membawanya ke hujung.
Zakiah menarik tabir penghadang menutup katil pesakit tadi.
Zakiah menarik tabir penghadang menutup katil pesakit tadi.
“Tak..
dua hari aje,” jawabnya sambil
membersihkan darah di kawasan tembakan sementara Zakiah menyediakan peralatan.
“Ada
jumpa lelaki dingin tu lagi,”
“Tak..
maksud aku… baguslah, tak payah tengok muka orang sombong tu,” kata Nika acuh tak acuh.
Zakiah mengangkat kening.
Zakiah mengangkat kening.
Doktor
Julia kemudian muncul dan pantas membuat kerjanya mengeluarkan peluru dari paha
mangsa sementara dia dan Zakiah berbisik di belakang doktor Julia.
“Patutlah
Dr. Ishak marah dan resah je beberapa hari ni… kau tak jadi buat temujanji
tu..?”
“Itu
bukan salah aku, dia patut faham,” bisik Nika juga.
Zakiah
hanya mencebik lalu pergi meninggalkannya sendirian membersihkan luka yang kini telah dijahit. Dr. Julia juga sudah keluar. Hanya dia seorang bersama pesakit bergari itu. Kemudian dia membalut luka itu dengan rapi.
Sejurus kerjanya selesai dia berpusing hendak keluar tapi…. dengan tak sengaja dia
terlanggar seseorang yang membuka tabir beroda itu.
"Maaf," ucapnya laju.
Faris berdiri di depannya.
Insiden yang tak disangka-sangka antara Nika dan Faris ‘si dingin’ – gelaran terbaru Nika untuknya setelah mereka tidak lagi bertemu di rumah besar sejurus kisah pertemuan kaku di atas tangga. Nika tergamam seketika sebelum tersedar lantas memberi Faris laluan dengan perasaan curiga yang mahu ditanyakan apa pula kaitan Faris menjenguk mangsa yang ditembak itu. Tapi yang paling menambahkan rasa jengkel Nika, Faris langsung tidak menyahut dan hanya memandangnya sekilas.
Faris berdiri di depannya.
Insiden yang tak disangka-sangka antara Nika dan Faris ‘si dingin’ – gelaran terbaru Nika untuknya setelah mereka tidak lagi bertemu di rumah besar sejurus kisah pertemuan kaku di atas tangga. Nika tergamam seketika sebelum tersedar lantas memberi Faris laluan dengan perasaan curiga yang mahu ditanyakan apa pula kaitan Faris menjenguk mangsa yang ditembak itu. Tapi yang paling menambahkan rasa jengkel Nika, Faris langsung tidak menyahut dan hanya memandangnya sekilas.
Dia keluar dari ruangan bertabir dan pergi
mendapatkan ubat di kaunter seperti arahan doktor Julia tadi. Kemudian dengan
rasa berat hati dia perlu kembali semula ke katil tadi dan harus melihat riak
ego Faris untuk yang ke sekian kalinya. Tapi bila dia memikirkan yang itu
merupakan sesuatu yang tidak dapat dielak kerana tuntutan kerja dia meneruskan juga langkahnya.
Tapi sewaktu
dia hampir di katil yang bertabir biru itu dengan tak semena-mena dia mendengar
suara-suara kasar dan tegang dari dalam, entah serius atau tidak dia tersentak
mendengar....…
“aku
akan laporkan kau pada polis Faris!!”
“Silakan….
Bodoh!” jawab Faris. “Lakukannya, sekejap lagi polis sampai,”
Nika pantas menggapai tabir dan membukanya dengan pandangan curiga, dua lelaki tadi
berpaling padanya dan dia melihat tangan Faris sedang mencengkam kolar baju mangsa tadi hingga
kepalanya terangkat sebelum melepaskannya kasar. Nika menjeling tajam. Dia
ingin benar bertanya apa masalah mereka, bagaimanapun gari yang mengikat tangan
mangsa tembakan itu jelas menandakan yang dia tidak ditugaskan untuk bertanya
akan hal-hal begitu.
Faris
mengerlingnya tajam ketika dia memberi ubat pada pesakit
yang baru sebentar mahu dicekiknya tadi seolah-olah dia mahu pesakit itu
diberikan suntikan beracun. Kecurigaannya semakin kuat akan kerja si Faris itu. Lebih-lebih lagi dia berada di sebelah pesakit lelaki yang tangannya bergari dan tidak ada pula kakitangan di situ yang melaporkan
kalau-kalau dia seseorang dari jabatan polis.
Dia beredar dari ruangan itu dan mencari Zakiah, syif mereka
akan tamat sepuluh minit lagi. Cuaca kebiruan yang samar dapat dilihat dari celah
tingkap wad ketika Nika menanggalkan jaket tebalnya lalu menyimpannya ke dalam
loker. Zakiah kemudian muncul entah dari mana. Tina juga sudah muncul dan melangkah masuk sambil menyapa gembira pada mereka semua. Sejurus menandakan jam terakhir pada kad
kehadiran dia dan Zakiah beriringan keluar menuju ke ruangan menunggu.
Bagaimanapun……..
percaya atau tidak, sekali lagi semasa di ruangan menunggu Nika bertentang mata
dengan Faris yang masih berada di kawasan itu, tempat beberapa pelawat masih
duduk di satu-satu tempat. Faris sedang berdiri dan bersandar pada tiang bulat di
pintu utama. Nika cuba
tidak mengendahkan dan mahu mengelak dari menyapa lelaki itu sebelum dia berpaling
ke lain mendengar namanya dipanggil.
“Nika!”
Dia
terpandang wajah suram Dr. Ishak yang sedang mendapatkannya.
“Boleh
kita bicara sekejap,” katanya.
Nika
berpaling seketika pada Zakiah yang membuat isyarat menunggunya di dalam
kereta. Dia tahu apa yang hendak lelaki itu bicarakan. Sudah tentu ia berkenaan
dengan temujanji mereka yang terbatal minggu lalu.
“Boleh
tak awak khabarkan pada saya kalau awak ada masalah lain…” luahnya
berterus-terang pada Nika yang terkebil-kebil sebelum menjawab.
“Maaflah
Ishak kalau pasal temujanji tu, saya ada masalah dan tak boleh elakkannya,”
jawabnya tapi tak sanggup hendak membahaskan masalah sebenarnya yang dia terpaksa
bekerja di rumah majikan emaknya.
Saat
itu apa yang Nika perasan, bukan wajah resah Ishak di hadapannya sebaliknya
renungan Faris dari jarak sepuluh kaki yang dapat dikerlingnya.
“Tak
perlukah saya ambil tahu apa masalah awak Nika, bukankah itu penting,”
Oh
Tuhan… Adakah dia perlu beritahu pada Ishak yang emaknya dipukul oleh ayahnya
seorang kaki judi dan pemabuk. Adakah Ishak akan memahami dan mahu menelan
hakikat dengan siapa dia mengatakan kepentingan itu sekarang. Nika mengakui,
selepas dia melalui saat-saat paling teruk dengan keluarganya dia harus
mengambil kira perlu atau tidak tentang menjalin hubungan dengan Ishak
berikutan taraf kehormat lelaki itu yang diketahuinya dari awal dan mampukah
dia berhadapan dengan situasi sebegitu. Rasanya tidak!
“Tak
ada apa-apa, saya ok,” putusnya lemah dan sayu.
“Nika..”
“Saya
akan beritahu awak nanti, belum masanya untuk saya bincangkan perkara lain.
Maaflah, saya balik dulu.. Zakiah dah tunggu,” dia sebenarnya bukan tidak mahu
berada bersama Ishak lebih lama di situ tapi dia tidak tahan dengan renungan
mata Faris yang benar-benar aneh.
Seolah-olah
ada suatu perasaan yang sangat rumit berlaku ketika itu. Malah apabila Faris
turut pergi dari tempatnya berdiri tadi, Nika sangat inginkan penjelasannya
kenapa dia merenung begitu sekali sedangkan sewaktu berada di rumahnya lelaki
itu seakan benar-benar tidak mahu memandangnya.
Sebelum masuk ke dalam kereta, Nika sempat
berpaling pada Faris sekali lagi dan sumpah! Dia melihat lelaki itu masih
memerhatikannya.
“Kenapa
dia renung aku begitu!” rungutnya sendirian yang dapat Zakiah dengar dengan
jelas.
“Siapa?
Dr. Ishak?” tanya Zakiah pelik.
“Bukan.
Faris.”
“Faris?
Majikan mak kau?” tanya Zakiah lagi.
“Siapa
lagi. Dia asyik renung aku bercerita dengan Ishak. Dia dah tertelan pil dungu
ke?”
“Tak..
pil angau. Mungkin ubat yang kau bagi dia hari tu buat dia jadi gila bayang
dengan kau,” kata Zakiah sambil ketawa besar di sebelah Nika yang geram.
Kereta
itu mula meluncur laju pada pagi yang hening.
“Zakiah!”
deramnya. “Dia bukan begitu, aku yakin dia aneh. Ada yang tak kena dengan kemunculannya di
rumah arwah Tuan Rahmad.”
“Baik
kau tanya saja dia nanti, lebih jelas. Tak perlulah kamu berdua saling hairan.
Lagipun rumah kamu berdua dekat aje,”
Cadangan
yang bernas sekali dari Zakiah. Nika menggerenyet.
“Baguslah
tu. Terima kasih,” lantas Nika turun dan hampir tidak menyedari dia telah tiba
di kawasan rumahnya.
“Nika…”
panggil Zakiah dari dalam kereta. “Dia dah balik tu,” katanya lalu ketawa
gelihati.
Nika
turut menoleh pada Range Rover hitam berkilat yang sedang parkir di halaman
masuk dengan pamandu yang sangat menjengkelkannya beberapa hari ini telah turun dari kereta.
“Kalau
aku jadi kau Nika, aku pilih Faris sebab aku tak sanggup berdepan dengan mak
Dr. Ishak tu. Faris pun tak kurang kacaknya,”
(Mak Dr. Ishak?
Mereka sekarang merujuk kepada pengarah hospital tempat mereka bekerja –
seorang wanita perengus dan kuat marah.)
“Zak,
agaknya kau pun dah termakan pil dungu!” sahut Nika dan mereka ketawa di situ.
Dia
sempat melambai pada Zakiah sebelum berjalan keseorangan melalui lorong masuk
yang redup dan sunyi diiringi satu perasaan aneh, seperti ada mata yang
mengiringi langkahnya. Nika berpaling ke tingkap-tingkap banglo Raylan Faris
tetapi dia tidak nampak pun sesiapa kecuali kaca jendelanya yang gelap.
‘Ah! Perasaan
mengarut’ kata hatinya, barangkali dia pun tertelan ‘pil kurang waras’ hari
ini. Atau mungkin kerana nama lelaki itu beberapa hari ini kerap muncul dalam
benaknya. Banyak perkara yang tidak jelas tentang Raylan Faris dan kenapa dia
boleh terus mengingati lelaki yang baru muncul itu.
Nika
mengeluh kecil, kemudian dia melihat emaknya berjalan ke arah rumah besar yang
membuatkan hatinya runtun tiba-tiba. Dia simpati pada emaknya yang seharusnya
tidak perlu bekerja lagi. Tapi dia gagal untuk mengelakkannya, semuanya kerana
mereka masih menumpang di tanah arwah Tuan Rahmad. Emaknya kata, ini sahajalah
balasan budi yang dapat diberikannya pada keluarga itu atas jasa baik mereka
selama ini. Langkahnya semakin perlahan saat pintu rumah berwarna coklat
semakin jelas.
Nika
tidak terus masuk ke dalam rumah, seperti biasa dia ke pinggir laman untuk
menyiram bunga-bunga dan selalu berasa senang hati melihat bunga-bunga itu yang
diyakininya merupakan salah satu terapi menenangkan hati.
“Nika!”
Tangannya
yang sedang menyiram bunga terhenti. Dia berpaling benci melihat ayahnya. Hatinya
masih terguris dan menyimpan segunung kebencian untuk lelaki yang sekarang
tidak layak dipanggilnya ayah.
“Buat
apa awak datang!” biadap benar mulutnya menyambut kedatangan ayahnya.
“Mana
mak kamu!”
“Dia
tak ada di rumah dan mak tak mahu jumpa ayah!” tempelaknya.
“Tolong
ayah Nika, ayah dalam kesusahan ni..” rayunya dengan wajah lelaki yang tidak
berguna.
“Bukan
Nika atau mak yang cari penyakit tapi ayah sendiri!”
“Ini
penting Nika, kalau tidak ayah akan mati!”
“Jadi!
Siapa yang perlu tanggung semua itu! Mak? Nika? Bukankah sewaktu berhutang
dengan mereka ayah dah tahu apa akibatnya. Jadi! Kenapa cari kami lagi, tak
cukupkah dengan apa yang mak lalui!” Nika sangat bengang dan bagai malu hendak
mengakui siapa lelaki yang pernah membesarkannya dengan kasih sayang dulu.
“Buat
apalah kamu kerja kalau tak boleh tolong ayah sedikit pun! Itulah gunanya
anak..”
“Adakah
saya ni dilahirkan semata-mata untuk hidup susah dan menanggung kesalahan ayah
seumur hidup!”
Pantas
tangan sebesar pinggan hinggap ke pipinya. Sakit dan memilukan. Kepalanya
terpaling ke sisi. Airmatanya gugur dengan rasa kebencian yang meluap-luap.
“Ah!!!
Sudahlah!!!!” pekik ayahnya lantas menghayun langkah pergi dan tidak lagi
berpaling.
Dia
bersandar lemah pada pintu sambil memegang pipinya yang masih sakit. Kepalanya
mendongak ke dada langit yang membiru tenang tidak seperti hatinya yang
mengumpul rasa kemarahan dan benar-benar tegang. Lalu dia masuk ke dalam rumah,
masih terngiang-ngiang kata-kata ayahnya yang tak masuk akal. Tidak berfikir
seperti seorang ayah dan tidak pernah mahu memikul tanggungjawab sebagai
seorang pelindung untuk keluarganya.
“Nika!..
Nika!...” tiba-tiba mak menerjah masuk dengan wajah cemas. Mujur jugalah mak
tidak keluar dari rumah besar itu sepanjang dia bercakap dengan ayahnya
sebentar tadi.
“Kenapa
mak ke sini.. nanti ayah nampak..” kata Nika risau.
“Tak..
dia dah pergi, kamu tak apa-apakan Nika?”
“Tak
payah risau, mak pergilah sambung kerja,” katanya lagi.
“Ayah
kamu nak apa?”
“Duitlah..
apa lagi yang dia perlukan selain duit! Dia takkan berubah, sampai masanya kita
kena lepaskan dia mak,” luah Nika dengan mata yang bergenang tapi segera
mengesatnya dan menguatkan hati.
“Mak
nampak dia pukul kamu tadi, Tuan Faris pun nampak… tu yang mak risau,” beritahu
emaknya sambil mengusap pipi Nika dan memberitahu ada kesan kemerahan di
pipinya.
“Tak apa..
Nika okey,”
“Berehatlah....”
Nika
mengangguk lemah dan sekali lagi berkeras yang dia tidak apa-apa dan menyuruh
emaknya menyambung kerja. Maknya akur. Tapi belum jauh maknya pergi dia
terdengar suara seseorang yang sangat janggal kedengarannya. Hatinya tersentak.
“Ada apa-apa yang perlu
saya bantu,” ujar suara itu dari luar yang mendorong Nika menjenguk dari
tingkap tepi pintu dan mengintai dari celah langsir yang diselak sedikit dengan
perasaan tidak menyangka Raylan Faris berdiri di situ sedang bercakap dengan emaknya.
“Eh!
Tuan, err… semuanya baik..” beritahu emak.
“Dia
tak apa-apa?”
Mata
Nika terbuka besar, adakah dia tersalah dengar atau cuba mereka-reka cerita yang lelaki
itu baru saja bertanyakan keadaannya. Memang benarlah firasatnya, lelaki dingin
ini sering memerhatikannya dari rumah besar dan pastilah kejadian tadi sangat
menarik perhatiannya hingga mendorong Faris ke situ untuk mengetahui
keadaannya.
Kedengaran
suara mak menjemput lelaki itu masuk.
Dan Nika bersumpah dari belakang pintu yang dia
tidak akan membukakan pintu. Tapi mujurlah Faris menolak pelawaan emaknya dan
berjalan ke hadapan sebelum berpaling ke arah tingkap tempat Nika mengintai
tadi.
No comments:
Post a Comment