Bab 2
Nika
terbangun ketika sayup-sayup suara azan maghrib kedengaran dari masjid di kawasan tempat tinggal Zakiah. Bunyi ketukan dan suara mak menyuruhnya
cepat-cepat solat membuatkan dia bingkas.
Selepas solat dia lantas ke dapur, emaknya sudah pun menghidangkan makan malam lebih awal hari ini.
“Ayah mana mak?” dia menjenguk ke bilik emaknya mencari kelibat orang tua itu. Selalunya awal malam begini dia sudah mendengar rungutan bengis ayahnya yang panas baran dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Ayah mana mak?” dia menjenguk ke bilik emaknya mencari kelibat orang tua itu. Selalunya awal malam begini dia sudah mendengar rungutan bengis ayahnya yang panas baran dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Jangan
harap dia balik kalau ada duit Nika..” jawab maknya jengkel dan mengambil
tempat duduk di meja makan.
Nika senang hati mendengar, kalau ayahnya tidak teringin lagi mahu pulang pun dialah orang yang paling gembira. Tapi bila memikirkan yang ayahnya mungkin berjudi
lagi dia kembali kecewa namun memendamnya jauh ke dasar hati tidak mahu Irfan turut memikirkan masalah ayah mereka nanti hingga menejejaskan pelajarannya.
Selepas bersiap dia berangkat kerja. Zakiah menunggu di
depan lorong.
Ketika bergegas berjalan di sepanjang lorong kecil berumput dia sempat melihat Range Rover hitam berkilat parkir dengan mewahnya di laman banglo arwah Tuan Rahmad. Mungkin kepunyaan penghuni barunya, katanya dalam hati dan mencanang semuanya dalam fikiran.
Ketika bergegas berjalan di sepanjang lorong kecil berumput dia sempat melihat Range Rover hitam berkilat parkir dengan mewahnya di laman banglo arwah Tuan Rahmad. Mungkin kepunyaan penghuni barunya, katanya dalam hati dan mencanang semuanya dalam fikiran.
Sejurus masuk kerja pada pukul sembilan malam, suasana kelam-kabut pun bermula, kes pertama yang mereka rawat adalah mangsa kemalangan. Sebuah kereta proton waja bertembung dengan motor lumba haram di lebuhraya. Seorang ibu, berusia empat puluh enam tahun parah manakala anak lelakinya berumur lima belas tahun terselamat. Bagaimanapun penunggang motor yang terlibat menjadi korban pertama pada malam itu selepas Dr. Kumar mengesahkannya pukul 9.33 minit yang lalu. Suzzie dan Zakiah menguruskan mangsa tersebut.
Dia yang berulang alik keluar dari dalam dan ke kawasan menunggu melihat suasana sedih menyelubungi keluarga mangsa dan mendengar deruan tangisan yang kuat.
Kemudian lewat malamnya pula dia dikerah lagi menguruskan kes demam yang baru saja masuk mendaftar disusuli dengan tiga kes asma seorang daripadanya bayi berusialima bulan.
Kemudian lewat malamnya pula dia dikerah lagi menguruskan kes demam yang baru saja masuk mendaftar disusuli dengan tiga kes asma seorang daripadanya bayi berusia
Nika hanya dapat berehat sejam ketika bangun mengejut mendengar suara-suara riuh di luar. Belum sempat dia hendak keluar. Dua
lelaki disyaki penjenayah diusung masuk oleh Zakiah dan Rudin tapi tidak mati, cuma seorang cedera
di kaki dan seorang lagi cedera di perut terkena tembakan dari polis kedua-duanya sedang merengek kesakitan. Dr. Julia mengambil tugas Dr. Kumar yang nampaknya begitu sibuk. Lelaki India tinggi lampai itu dilihatnya bergegas berlari ke bilik pembedahan.
"Nika!" panggil Dr. Julia kuat dari arah kanan.
Nika berlari kecil mendapatkan Dr. Julia untuk membantunya pula.
Setelah selesai, dua mangsa tembakan tadi ditempatkan di katil pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dua pegawai polis menyusul masuk sejurus dikhabarkan dan terus menggari kedua penjenayah itu di katil mereka kemudian bercakap-cakap sesuatu dengan Dr. Julia sebelum beredar pergi. Situasi yang memang kerap berlaku sejak dia bertugas di unit kecemasan ini.
"Nika!" panggil Dr. Julia kuat dari arah kanan.
Nika berlari kecil mendapatkan Dr. Julia untuk membantunya pula.
Setelah selesai, dua mangsa tembakan tadi ditempatkan di katil pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dua pegawai polis menyusul masuk sejurus dikhabarkan dan terus menggari kedua penjenayah itu di katil mereka kemudian bercakap-cakap sesuatu dengan Dr. Julia sebelum beredar pergi. Situasi yang memang kerap berlaku sejak dia bertugas di unit kecemasan ini.
“Cari
Raylan! Suruh dia hubungi saya!” bentak pegawai polis tadi di telefon
bimbitnya sambil berjalan.
Nika menoleh sesaat tersentak mendengar nama Raylan. Sejak semalam sudah dua kali dia mendengar nama itu
disebut. Selesai memberikan ubat pada pesakit yang bersebelahan dengan katil penjenayah tadi, dia berpaling melihat lelaki yang bersuara
kuat itu.
Orangnya bermisai tebal, mukanya berparut di bahagian dahi dan dari seragamnya dia menduga pegawai polis itu mungkin berpangkat tinggi dalam jabatan.
Orangnya bermisai tebal, mukanya berparut di bahagian dahi dan dari seragamnya dia menduga pegawai polis itu mungkin berpangkat tinggi dalam jabatan.
Ketika pagi menjelang yang dirasakannya sangat cepat. Nika hampir menyelesaikan kerja-kerja terakhirnya mencatat beberapa laporan di fail pesakit yang akan ditempatkan di wad.
"Cepatlah," kata Zakiah malas dan menguap bosan ketika berdiri menunggunya berdekatan kaunter pendaftaran. Selepas selesai, dia terus mengambil jaket merahnya di atas kerusi dan bergegas menyusul Zakiah.
Ketika kakinya baru saja menjejak pintu keluar langkahnya mati dia mendengar namanya dilaung seseorang dari belakang. “Nika!...... Nika!......”
Nika pantas berpaling dan melihat Dr. Ishak sedang berlari mendapatkannya sambil tersenyum. Dr. Ishak merupakan kenalannya dia merupakan salah seorang doktor yang bertugas di bahagian kecemasan tapi berlainan syif. Orangnya boleh tahan, berkulit hitam manis, tingginya kira-kiralima kaki serta berwajah lembut.
Nika pantas berpaling dan melihat Dr. Ishak sedang berlari mendapatkannya sambil tersenyum. Dr. Ishak merupakan kenalannya dia merupakan salah seorang doktor yang bertugas di bahagian kecemasan tapi berlainan syif. Orangnya boleh tahan, berkulit hitam manis, tingginya kira-kira
“Awak free
tak esok tengahari?” tanya
Dr. Ishak sejurus mendapatkan Nika.
“Kenapa?”
soalnya lalu tersenyum.
“Kita
keluar makan?”
“Pukul
berapa?”
“Nanti
saya beritahu,” ujar Dr. Ishak yang senyum mesra padanya.
“Yalah,
nanti call Nika aje,”
Dr.
Ishak tersenyum lagi sebelum berjalan pergi dan sempat melambai padanya. Dia membalas lambaian itu lantas menyusul Zakiah yang menunggu di dalam kereta pula.
“Wah…
senyum nampak. Ada
janji temu?” usik Zakiah.
Nika sekadar mengangkat kening.
Nika sekadar mengangkat kening.
“Adalah,
tapi kenapa… aku rasa… yang perasaan aku dengan Ishak tu biasa-biasa aje,”
gumam Nika yang sebenarnya ditujukan lebih kepada dirinya sendiri.
Tapi,
pendapatnya yang ringkas tadi segera mendapat perhatian dari Zakiah yang
berpaling padanya sekejap, kemudian kembali menumpukan perhatiannya pada jalan
raya dengan kepala tergeleng-geleng.
“Hei!
Kau dah gila ke Nika, ada doktor muda suka dengan kau.. yang kau kata itu cuma
biasa-biasa je, kau tak gila ke? Fikir sikitlah tentang masa depan cik oi,
kita ni perempuan mesti buat rancangan masa depan yang terjamin.”
Berjela-jela
ucapan Zakiah awal pagi itu. Nika mengerlingnya dengan mulut yang menggerenyet.
“Jauhnya kau berkhutbah sampai ke situ, orang tu… belum pun canang apa-apa
pasal nak kahwin. Malu sikitlah cik Zakiah,” kata Nika.
“Kalau
macam tu bagus!” sahut Zakiah lagi. “Kalau dia melamar nanti, terima sajalah
jangan nak fikir-fikir lagi, jangan jadi bodoh..”
“Ish..”
keluh Nika. Tapi dalam hati dia tetap mempertahankan pendapatnya yang
hubungannya dengan Dr. Ishak itu benar-benar biasa. Mungkin Zakiah dan dua tiga
kawannya yang lain berpendapat dia memang patut bersama lelaki berkulit hitam
manis itu. Nika tak pasti, lagipun kesibukan lelaki itu dengan kerjanya dan mereka juga
jarang berjanji temu menyebabkan dia selalu merasakan yang percubaan Dr. Ishak untuk
merapatinya lebih dekat cuma sekadar percubaan yang dirasakan tidak membawa erti.
“Untunglah
perempuan cantik macam kau ni, senang-senang aje doktor terpikat, kalau orang
gelap macam aku ni ha! Asyik tunggu mana-mana keluarga yang ada anak lelaki
bujang terlajak,” komen Zakiah lagi. Rupa-rupanya masih dengan ingatan basi
itu.
“Tak
baik kata begitu.... nasib kita ni tak siapa tahu,” kata Nika, matanya
cepat menangkap rumah majikan emaknya yang tersergam di pinggir jalan.
“Harap-harap
Dr. Ishak tu cepat-cepat pinang kau, taklah kau tinggal kat rumah kecil tu
lagi,”
“Sudah-sudahlah
fikir pasal kahwin tu Zakiah,” kata Nika sebaik kereta berhenti dan turun.
“Kita ni.. tak kahwin pun masih boleh hidup,” tambah Nika yang menyedarkan Zakiah yang selalu mengeluh akan nasibnya yang belum-belum kahwin walaupun usianya sudah tiga puluh tujuh tahun. Kemudian dia menutup kereta dengan bibir Zakiah mengherot lalu memandu keretanya pergi.
“Kita ni.. tak kahwin pun masih boleh hidup,” tambah Nika yang menyedarkan Zakiah yang selalu mengeluh akan nasibnya yang belum-belum kahwin walaupun usianya sudah tiga puluh tujuh tahun. Kemudian dia menutup kereta dengan bibir Zakiah mengherot lalu memandu keretanya pergi.
Nika
melangkah masuk ke lorong sebelah kiri yang menghala ke rumah kecilnya sambil menjeling ke arah Range Rover hitam berkilat yang tersadai di halaman.
Kedengaran bunyi mesin rumput memecah suasana pagi sepanjang dia melangkah. Ayahnya
sedang memotong rumput di belakang laman rumah Encik Prianto yang merupakan
kejiranan terdekat dan kawan baik kepada arwah Tuan Rahmad dulu semasa
hidupnya.
"Balik pun dia!" detus hati Nika geram lalu menghayun langkah lebih pantas.
"Balik pun dia!" detus hati Nika geram lalu menghayun langkah lebih pantas.
Emaknya
tidak ada di rumah. Irfan pula tertidur di ruang tamu dengan tv masih
terpasang tanpa dilihat sesiapa. Selepas menyimpan begnya, Nika keluar semula
dan mahu ke kebun bunga emaknya yang memang seperti diduga belum lagi
disiram kerana penjaga setia bunga-bunga yang cantik berkembang itu semakin
sibuk menguruskan tuan barunya.
Sambil menyiram bunga dan menyedut udara pagi yang nyaman dan menyegarkan Nika menghalakan
pandangan ke halaman belakang rumah arwah Tuan Rahmad yang besar dan sentiasa
terjaga. Kemudian satu-satunya balkoni
rumah besar itu mencuri tumpuannya.
Sekali
lagi… dari balik tabir balkoni itu dia melihat seseorang berdiri di situ. Namun,
sejurus saja kelibat itu menyedari yang dia turut memandang, bayangan itu lantas
bergerak dan hilang. Aneh! Hantukah itu!
Sehingga masuk ke dalam rumah kepalanya masih memikirkan bayangan itu. Nika lalu ke biliknya dan dari tingkap kamarnya dia cuba mengintai sekali lagi.
Bezanya, dia berdiri di balik tingkap yang kecil sementara kelibat itu kembali
berdiri di balik tabir balkoni tersebut dan melihat ke arah rumahnya. Detik itu
sekarang, mereka berdua saling melihat. Dia berharap benar hendak mendapatkan
teropong?
Kesan dari keanehan itu lantas mendorong Nika nekad bertanya emaknya siapa gerangan si Faris itu pada malamnya.
“Dia
uruskan perniagaan arwah Tuan Rahmad ke?” soal Nika sambil mengingati kembali
bayangan itu.
“Taklah,
ada orang yang uruskan. Tapi.. mak tak tahulah apa kerja si Faris tu. Dia
selalu keluar malam dan pulangnya pagi, lagipun kalau mak tanya dia jarang
sangat mahu menyahut,”
"Ah.. orang kaya memang begitu, ke mana lagi mereka nak pergi selain cari hiburan,"
"Eh.. taklah, Faris bukan begitu orangnya, dia cuma pendiam sedikit jadi mak tak banyak bercerita dengan dia,"
“Dia ok ke mak?” tanya Nika dengan rasa pelik.
"Eh.. taklah, Faris bukan begitu orangnya, dia cuma pendiam sedikit jadi mak tak banyak bercerita dengan dia,"
“Dia ok ke mak?” tanya Nika dengan rasa pelik.
“Ish!
Oklah.. kamu ni Nika. Orangnya kacak jugak, ada iras-iras wajah Puan Helena,”
Puan
Helena merupakan bekas isteri arwah Tuan Rahmad. Mereka telah bercerai ketika
anak lelakinya bersekolah di New York
dan sampai sekarang Nika langsung tidak pernah mendengar khabar tentang wanita
kacukan British itu.
Ketika Nika membersihkan meja makan kedengaran ayahnya pulang marah-marah dan mengherdik pada
Irfan di ruang tamu. Emaknya menggelengkan kepala.
“Itu
mesti kalah judi,” kata emaknya.
“Ros!........
Ros!...” jerit ayahnya seperti orang gila dari ruang tamu. Nika bergegas keluar
dari dapur dengan emaknya menyusul ke belakang.
“Oh
Nika.. baguslah kamu ada, bagi aku wang! Aku mahu bayar hutang!” desak ayahnya dengan rupa yang menyakitkan hati.
“Nika
dah bagi ayah kelmarin, mana ada lagi..” jawab Nika benci.
“Buat
apalah kamu kerja kalau tak boleh tolong aku!” bentaknya.
“Ayah
pun bukannya cacat! Sampai bila nak minta duit untuk bayar hutang judi tu!”
balas Nika jahat.
“Nika!
Kau jangan cuba
naikkan darah aku!!” bentaknya. Kali ini lebih kuat.
“Razali!
Kenapa kau nak mintak duit lagi… kau tak ingatkah yang kami ni pun perlu makan.
Janganlah pentingkan diri!” kata emaknya dengan jelas. Mudah sangat difahami
bagi orang yang waras.
Tapi muka ayahnya sekarang merah menahan marah, matanya sengaja dibesarkan merenung Nika dan emaknya bersilih ganti.
Tapi muka ayahnya sekarang merah menahan marah, matanya sengaja dibesarkan merenung Nika dan emaknya bersilih ganti.
“Kamu
berdua jangan cuba
ajar aku! Sekarang bagi aku wang atau aku pukul mak kau Nika!!!”
“Ayah!!”
jerit Irfan dan Nika serentak.
“Sedarlah!”
desak Nika geram. Tapi sepantas kilat ayahnya datang menarik rambutnya.
Nika
menjerit kesakitan. Irfan cuba
menghalang tapi kepalanya ditampar hingga dia terpelanting dan tertolak keluar
dari pintu bersama Nika yang turut ditolak ayahnya keluar. Pintu itu kemudian
dikunci dari dalam.
“Kau
dah gila ke Zali!!” pekik mak dari dalam rumah.
Selepas
itu sesuatu yang lebih mengerikan kedengaran sehingga di luar. Emaknya terpekik
kesakitan dipukul oleh ayahnya.
“Mak!......
ayah!!” jerit Nika kuat sambil memukul pintu. Irfan cuba menendang pintu tapi gagal,
kayunya sangat utuh. Emaknya masih menjerit kesakitan. Airmata Nika berguguran,
hatinya ngilu mendengar suara emaknya yang sedang menderita sekarang. Dia dan
Irfan pantas berlari ke belakang rumah. Irfan cuba memecahkan pintu dapur pula.
“Mak!....
mak!..” panggil Nika kian risau suara rintihan emaknya sudah tidak
kedengaran lagi.
Irfan akhirnya berjaya memecahkan pintu dapur dengan kayu sebesar lengan di tangannya. Mereka
berdua masuk dan terkejut melihat sekujur tubuh terbaring tidak berdaya di lantai ruang tengah.
“Ayah!!
Keluar dari rumah ni!!” Irfan mengangkat kayunya, nekad mahu memecahkan kepala ayahnya yang sekadar mendengus.
Pantas ayahnya keluar.
Pantas ayahnya keluar.
“Aku
bunuh kamu semua nanti!!” jeritnya dalam kegelapan dan menghilang di celah malam.
Nika
lantas menerpa emaknya yang tidak lagi berdaya. Mukanya lebam-lebam, begitu
juga tangannya.
“Astaga..
kita ke hospital! Irfan angkat mak,”
“Tak
perlulah Nika… mak tak apa-apa cuma sakit sikit,” keluhnya lemah.
“Mak…” panggil
Nika lagi.
“Kita
laporkan polis saja kak,” kata Irfan yang merangkul mak bangun.
“Tak
payah, bawa mak ke bilik…” pinta emaknya membantah. “Dia dah ambil rantai emas
Nika dari dalam bilik Nika..” kata emaknya lagi.
“Biarlah..
mak jangan cakap dulu, emak cedera ni,”
Kemudian
mereka berdua mengangkat emaknya masuk ke bilik dan membaringkannya di atas
tilam. Nika mengambil ais batu dan disimpan ke dalam tuala kecil dan
mendekapkan ke kawasan lebam-lebam di bawah dan tepi mata serta bibir emaknya
yang diam sahaja dan perlahan-lahan terpejam dalam kesakitan dan hati yang
kecewa.
“Selalu
ke ayah pukul mak?” tanya Irfan sejurus dia keluar dan tergamam di kerusi ruang
tamu..
“Ada juga mak cerita kalau
kakak pergi kerja, tapi rasanya tak seteruk yang ini,” jawab Nika perlahan.
“Dia
nak apa?”
“Wang…
wang untuk berjudi Irfan, ayah berhutang dengan orang…”
“Kalau
begitu, ayah mesti datang lagi..”
Kata-kata
Irfan itu hanyut seperti angin yang menerobos perlahan sebelum menghilang.
Pedihnya hati bila mengingatkan seorang ayah kandung yang menolak mereka berdua
keluar dari rumah, seperti mereka itu bukan datang dari benihnya. Ayah jenis
apakah itu untuk dihormati, tergamak benar dia menyakiti keluarganya sendiri.
Tak kasihankah dia melihat isteri dan anak-anaknya yang pernah disayanginya
dulu.
No comments:
Post a Comment