Bab 3
Satu
lagi rencana untuk merompak sebuah bank terkemuka gagal dilakukan bila van yang
membawa empat orang lelaki yang selama ini diburu atas kes-kes jenayah besar diserbu oleh pasukan khas yang bertindak cekap dan berjaya menangkap kesemuanya sebelum mereka tiba ke CIS bank. Sumber maklumat penuh perisik telah berjaya mematikan rancangan jahat
tersebut......
"Tak habis-habis.." rungutnya sendirian lalu meletakkan kembali suratkhabar itu di atas meja ruang tamu dan masuk
ke dapur hendak menyiapkan makan malam ala kadar untuk maknya yang mungkin
masih sibuk di rumah besar.
Di saat
benaknya masih dipenuhi cerita-cerita suratkhabar tadi dia terperanjat! Ketukan bertalu-talu dari pintu depan disusuli suara ayahnya memekik namanya
berkali-kali. Mahu tidak mahu Nika membukakan juga pintu dengan mood yang mendadak
teruknya.
“Apa
lagi ayah mahu!” tempelaknya. Dia benci dengan bau arak dan muka merah ayahnya.
“Mana
mak kau!” dia meredah masuk mencari isterinya.
“Mak
tak ada!” pekik Nika ketika ayahnya memeriksa rumah kecil mereka seperti
pegawai polis mencari penjenayah yang bersembunyi.
“Jangan
tipu Nika! Dia di rumah besar kan !”
tidak puas hati, ayahnya kemudian keluar semula dan menghayun langkah pantas menuju
ke rumah besar.
Nika
yang gerun dengan tingkah ayahnya yang sedang mabuk itu lantas menyusul dari
belakang, dia harus menghalang ayahnya dari membuat hal di rumah Faris pula.
“Ayah…!
Ayah!....... mak tak ada di situ!” pekik Nika kuat dan hampir tersandung.
Tapi
ayahnya langsung tidak peduli dan terus berjalan lebih laju. Beberapa langkah
lagi mereka akan sampai ke pagar halaman belakang. Nika semakin tidak sedap
hati. Angin petang itu bertiup laju dan terasa hangat sepanjang dia berlari.
Emaknya
muncul dari pintu belakang dan berlari mendapatkan ayahnya yang terus
berteriak. Nika berdoa dalam hati semoga Faris tidak berada di dalam rumah
besar itu sekarang.
“Ros!
Ros!... aku perlu duit Ros.. mereka akan bunuh aku kalau aku tak bayar hari
ni.. tolonglah Ros…” rayu ayahnya sambil memegang tangan emaknya.
“Maaflah
ayah.. tapi ini bukan masalah kami! Pergilah dari sini..!” kata Nika geram.
Sekarang
ini mereka bertiga betul-betul berada di belakang halaman rumah Faris dan
saling bertengkar dengan suara yang kuat.
“Mana
aku nak cari duit Zali……. dari dulu lagi kau tahu kami tak ada wang,” jawab
emaknya dan cuba menarik tangan ayahnya pergi dari situ.
“Mana
rantai emas yang Tuan Rahmad beli dulu.. beri pada aku!” desak ayah.
“Bukankah
kau sudah gadaikannya!” rintih emak hampir menangis.
Nika
semakin risau.
“Aku
ingat kau dah tebus balik rantai tu. Nika… mana kau simpan rantai tu,” ayahnya
berpaling padanya pula dengan muka merayu yang tidak tahu malu.
Nika
hanya mampu meredam perasaan marah hingga dia tidak mampu berkata lagi. Suara
guruh dari langit dikejauhan menyahut pertengkaran mereka.
“Rantai
tu dah tak ada… sudah! Pergilah dari sini, kau tu mabuk.. tak malukah dengan
perangai buruk kau..”
“Tidak!”
bantah ayahnya tiba-tiba sahaja menerpa Nika dan menariknya ke dakapan lalu
mencekik leher Nika dengan sebilah pisau lipat ditusuk ke lehernya.
“Razali!!!”
jerit emak bimbang. “Lepaskan Nika! Itu anak kau!” emak melangkah ke depan.
Ayahnya
berundur ke belakang dengan Nika tercekik serta tidak mampu melawan. Dia
hampir-hampir tidak bernafas dan meronta-ronta dalam cengkaman kuat tangan
ayahnya.
“Berikan
aku wang atau aku jual Nika pada tauke Tong!.. beritahu mana rantai tu..!” ayah
merapatkan lagi ancamannya.
“Ayah…”
rayu Nika dengan perasaan gerun ketika mendengar nama bapa ayam yang pernah
didengarnya dari cerita Husin.
“Razali!
Tolonglah…. Lepaskan Nika,” rayu emaknya lagi hingga berlutut di depan ayahnya
yang berbau arak itu. Angin terus berhembus kuat dengan cuaca yang lebih gelap memberi
petanda musibah bakal tiba.
“Lepaskan
dia!” bentak satu suara asing.
Mereka
bertiga serentak berpaling dan terkejut melihat Faris muncul di situ. Pandangan
tajamnya terpana tepat kepada ayahnya. Nika berasa sangat malu tapi berharap
Faris akan menolongnya.
“Lepaskan
dia!” desak Faris lebih tegas dengan nada mengancam.
“Tidak!
Sebelum perempuan dua ni tak bagi aku wang!” kata ayahnya.
Nika
menjerit kecil, lehernya terasa pedih dengan tusukan pisau yang masih terhunus.
Wajah Faris kelihatan bimbang. Rahang pipinya bergerak-gerak.
Nika
mohon simpati ayahnya supaya tidak memperlakukannya sedemikian rupa.
“Saya
akan berikan awak wang tapi lepaskan dia!” kata Faris jelas. “Berapa kau mahu!”
“Dua
puluh ribu! Tunai!” sahut ayahnya, serentak dengan rengekan emak.
“Jangan
tuan!” pekik emaknya.
Tapi Faris
langsung tidak mempedulikan bantahan itu dia terus masuk semula ke dalam rumah.
Nika berharap benar moga-moga lelaki itu keluar dengan senapang patah dan
mengusir ayahnya dari situ. Tapi dia mengerang kecewa, apa yang diharapkannya
tidak berlaku ayahnya mengekeh kemenangan melihat wang dalam ikatan yang tebal
dalam not seratus di tangan Faris.
“Ambil
wang ini ..” Faris menghulurkan wang tersebut.
Ayahnya
langsung mengambil wang itu dengan muka tidak tahu malu. Kemudian dia menolak
Nika ke arah emaknya, dia terduduk di atas rumput dalam keadaan benar-benar
terhina.
“Dia
tak boleh bayar..” suara Nika serak, matanya basah merayu pada Faris agar
mengambil balik wangnya.
“Tolonglah
tuan.. kami tak mahu berhutang, biarlah suami saya uruskan perkara tu,” emak
mencelah. Nika memegang tangan emaknya dan membawanya bangun.
“Kalau
begitu Tuan ambil anak saya Nika sebagai bayarannya, tuan boleh jual atau buat
apa saja..” kata ayahnya.
“Ayah!!”
jerit Nika lebih nyaring. Tergamak betul lelaki itu berkata begitu.
“Tergamaknya
kau Razali!!” maknya memekik terkejut.
Faris
merenung muka lelaki tua tidak sedar diri itu dengan mata yang galak.
“Saya
pun tidak mahu lagi berhutang dengan sesiapa jadi tuan boleh ambil dia sebagai
bayarannya lepas ni kita tak ada apa-apa hutang lagi..” ayahnya langsung tidak memandang
pada Nika dan emaknya. Dia cuma melihat wang itu dengan riak gembira.
“Kenapa
dengan kau ni! Pulangkan wang tuan Faris!” kata maknya yang benar-benar malu
dengan keadaan mereka di depan majikannya.
“Saya
akan mengahwininya..”
dalam
sayup-sayup gerimis Nika terkejut mendengar kata-kata Faris.
Dia berpaling
pantas, memandang Faris yang turut merenungnya. Lama dan dalam. Penuh emosi
yang tidak jelas. Jawapan Faris benar-benar mengejutkan selepas dari tadi dia
mendengar sahaja mereka anak beranak saling berbantah.
“Saya
tidak perlu bayar balik..” ujar ayahnya dan Faris menyahut.
“YA!”
dengan matanya masih tetap pada mata Nika. “Dengan syarat..!!” Faris mengalihkan
pandangannya pada lelaki pemabuk yang tidak sedar diri itu lagi tapi bersedia
menunggu syarat seterusnya dari Faris.
“Pergi
dari sini! Saya tidak mahu melihat kamu berada di rumah itu lagi ataupun di
kawasan ini!” perintahnya tegar. Ayah Nika mengangguk-angguk dan tersengih.
“Saya akan serahkan kamu pada polis jika kamu kembali ke sini lagi! Faham!”
“Baiklah…baiklah..”
Nika
memandang geram pada kedua-dua lelaki itu. Apa yang hendak dikatakannya,
sekarang mereka telah menyelesaikan satu masalah dengan mencipta satu lagi
masalah baru. Dia benci ketika ayahnya hanya mengekeh ketawa. Dia berang kerana
mereka melakukannya seperti barang dagangan. Lantas keberangan itu mendorongnya
menuntut hak dari ayahnya juga. Dia juga mahu membuat tuntutan.
“Satu
perkara lagi ayah…!” tiba-tiba dia bersuara sebelum ayahnya pergi. Dia juga
mahu turut serta dalam perjanjian itu.
Faris
berpaling merenungnya, renungan sama sewaktu mereka di hospital tempohari dan
sedang menunggu apa yang mahu dikatakannya. Nika tidak lagi peduli apa akan
berlaku selepas ini kerana dia mahu perkara yang sudah berlanjutan lama ini
benar-benar selesai dan dia tidak lagi dikejar oleh masalah yang sama. Dia
memandang muka ayahnya dengan pandangan benci yang terpatri kuat dalam hatinya
lantas berkata.
“Lepaskan
mak… saya akan ikut semuanya. Saya akan bayar hutang ayah itu! Tapi tinggalkan
mak dan jangan pernah jumpa kami lagi. Anggaplah kami sudah mati dan ini, hari
terakhir kita bertemu..” kata Nika muktamad. Dia memegang tangan emaknya kuat.
Ayahnya
hanya mengangguk dan mengekeh ketawa sebelum pergi melangkah dengan tidak
stabil langsung tidak peduli akan keadaan dia dan isterinya.
Suasana
kembali senyap. Tiada lagi suara saling membentak, merayu dan menghalang. Nika
sekali lagi menjadi perenung dada langit yang telah menitiskan titisan hujan
renyai sambil memikirkan semua hal yang tidak masuk akal bila difikirkan
semula. Adakah cara untuk berundur dari perjanjian ini. Adakah Faris cuma
menipu ayahnya supaya ayahnya pergi dari rumah – kalau begitu bukankah lebih
baik.
“Kosongkan
rumah itu besok dan saya mahu kamu berdua masuk ke dalam rumah saya sekarang,”
Faris berkata jelas pada dia dan maknya pula. Nika yakin yang lelaki itu serius
dengan ucapan ngerinya.
‘Baguslah
tu!’ keluh Nika dalam hati dan entah apa pula yang menanti di dalam rumahnya.
Tapi jika perjanjian itu akan menjauhkan mereka berdua dari ayahnya, dia rela melakukannya
biarpun dia tidak tahu apa yang akan menanti esok.
Mak
memegang erat lengannya ketika mereka masuk ke dalam rumah tersebut. Mereka
bertiga kini berada di dapur yang sangat bersih dan tenang tidak seperti
perasaan Nika yang berkecamuk dan
diserang seribu fikiran tidak keruan.
“Jadi..
macam mana sekarang?” kata Nika, tidak sanggup membiarkan dirinya dirasuk
fikiran yang menyesakkan.
Faris
memberhentikan langkahnya dan berpaling menghadap. Mereka berdepan dengan lebih
jelas sekarang. Maknya melihat mereka berdua bersilih ganti.
“Bagaimana
caranya saya bayar hutang itu?” soal Nika berani.
“Teruskan
perjanjian kita.” Faris memutuskannya muktamad.
Nika
terpaku pada pemilik mata coklat yang menawan itu.
“Berikan
saya waktu.. saya akan bayar wang itu semula,” pintanya dan berharap benar
Faris bersetuju.
“Saya
tidak mahu wang, saya cuma mahukan awak dan tunaikan janji itu.” Muktamad dan
dia pergi dari situ.
Nika
hampir rebah mendengarnya. Ada
banyak perkara yang memberi maksud kalau Faris berkata ‘saya cuma mahukan
awak’. Samada dia betul-betul mahukan dia sebagai isterinya atau ada perkara
yang lebih menakutkan di balik perkara itu. Nika tertunduk, merenung lantai
yang disinari cahaya lampu terang benderang dan bila dia mengangkat wajah……..
maknya tidak ada di situ. Dia kembali takut dan bimbang jika maknya lari keluar
mencari ayahnya. Tapi kemudian dia mendengar suara maknya memanggil Tuan Faris
dari arah tangga.
Nika
bergegas menyusul dan membelok ke arah tangga, ketika kakinya naik lima anak tangga dia
melihat emaknya berhadapan dengan Faris di ruang atas sekarang. Dia terpaku
menunggu dan yakin Faris tahu dia sedang berdiri di situ.
“Saya
mohon tuan Faris, dengan hati seorang ibu… saya mohon jangan jualkan anak saya
pada siapa-siapa. Kahwinilah dia kalau itu yang tuan mahu..” kata emak sambil
tersedu. Nika tersentak mendengarnya. Sungguh hina betul rasa dirinya bila
mendengar maknya merayu seperti dia tidak bermaruah langsung.
“Saya
tidak akan lakukan itu puan, yakinlah yang dia akan selamat bersama saya,” kata
Faris dan melihat pada Nika sekilas.
“Saya
mohon kalau tuan tidak inginkan dia, kembalikanlah dia kepada saya juga
berjanjilah tuan…”
“Puan
tak perlu bimbang..” kata Faris yang kini memandang pada Nika yang berada di
tangga sambil berkata. “Saya akan persiapkan semuanya,” dia mahu berjalan pergi
tapi kembali berpaling pada mereka berdua.
“Lebih
baik puan tidur di bilik tetamu bersama Nika dan jangan kembali ke rumah kecil
itu lagi..”
Itulah
perkara yang paling jelas pada pendengarannya sepanjang dia hidup di muka bumi
ini. Perkara menakutkan yang merupakan penutup segala impian dan harapan.
Entah
mengapa Nika dan maknya mengikuti saja arahan Faris tadi dengan tidur di bilik
tetamu sambil dia memikirkan cara terbaik hendak menghuraikan kekusutan ini.
Mereka berdua duduk di atas katil dalam keadaan tidak rela dan tidak ubah
seperti mangsa penderaan yang memilukan.
“Sejauh
mana mak tahu dia baik..” tanya Nika buat kali yang ketiga atas saranan maknya supaya
menurut sahaja perjanjian mereka.
“Dia
baik Nika, mak tahu itu. Arwah Tuan Rahmad pun begitu, tak banyak bezanya
perangai mereka berdua... apa yang mak percaya, dia akan menjaga kamu dan mak
yakin dia akan berpegang pada janji. Lagipun dia dah tolong ayah kamu untuk selesaikan
hutangnya. Mungkin kamu mempunyai seorang ayah yang teruk Nika tapi siapa tahu
rahmat Tuhan yang tersembunyi dibalik semua kejadian-kejadian tadi.” Jelas mak
yang seakan menyerah sahaja dengan perjalanan kehidupan mereka.
“Dengan
mengorbankan jiwa Nika…” katanya lemah dan mahu menangis.
“Kita
berdoa Nika, semoga kita dilimpahkan kebaikan atas apa yang berlaku tadi.
Mungkin memang benar Faris mahu mengahwini kamu..”
Nika
mengerekot berbaring sambil menggeleng tidak percaya yang maknya boleh berkata begitu.
Dari cara Faris merenungnya, dia yakin lelaki itu ada maksud lain. Oh Tuhan…
mudah-mudahan dia tidak begitu.
“Mak
akan pergi ke rumah pak cik Rais kamu,” kata emaknya lagi membuatkan Nika
pantas berpaling.
“Jauhnya
kenapa..?” dia lantas terbayangkan perjalanan sejauh lapan jam dari sini.
“Mak
perlu pergi dari sini Nika. Kalau ayah tahu mak masih ada di sini dia akan cari
mak lagi. Betul lah kata Faris, rumah kecil kita tu dibiarkan kosong. Nika
tinggal di sini bersama Faris,”
Nika
makin tertekan. Dahinya terasa berat. Mendengar perkataan ‘bersama Faris’
benar-benar membimbangkannya.
“Kita
lari sama-sama, Nika ikut mak..” saran Nika dalam terdesak.
“Jangan
Nika, macam mana dengan kerja Nika?” bisik maknya yang sama sekali tidak
bersetuju.
“Biarkanlah..
nanti, nanti Nika cari kerja lain,” jawabnya.
“Tak
boleh nak… itu masa depan Nika. Masa depan anak-anak Nika sekalipun bila Faris
tinggalkan Nika, Nika masih ada ruang untuk bernafas. Lagipun mak malu dengan
keluarga Faris, mereka sekeluarga dah tolong kita, sejak dulu lagi sampailah
sekarang. Tak baik rasanya buat dia begitu. Dunia ni kecil Nika, bila kita lari
dan suatu hari nanti kita jumpa dia bukankah tidak elok, jadi.. mungkin inilah
caranya kita membalas budi mereka sekeluarga Nika.”
Ya!
Mungkin betul kata mak, mungkin inilah caranya mereka membalas budi. Budi yang
dibawa hingga ke mati!.
Lantas
Nika menarik selimut tebal dan menyelubungi dirinya. Berpura-pura tidur tapi
otaknya ligat berfikir banyak hal dan bila memikirkan dia perlu kerja atau tidak
esok pagi.. hatinya bertambah runsing. Dia tidak tahu bagaimana caranya hendak
beritahu Zakiah yang dia telah melalui malam yang paling mengerikan dalam
hidupnya.
No comments:
Post a Comment