Rapuh Tanpa Dia

Rapuh Tanpa Dia
published

Wednesday 18 January 2012

love the way you lie



On the first page of our story
The future seemed so bright
Then this thing turned out so evil

I don't know why i'm still surprised
Even angels have their wicked schemes
And you take that to new extremes
But you'll always be my hero
Even though you've lost your mind

Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

Now there's gravel in our voices
Glasses shattered from the fight
In this tug of war you always win
Even when i'm right
Cause you feed me fables from your head
With violent words and empty threats
And it's sick that all these battles are what keeps me satisfied

Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
http://www.elyricsworld.com/love_the_way_you_lie_lyrics_skylar_grey.html
I love the way you lie

So maybe i'm a masochist
I try to run but I don't wanna ever leave
Til the walls are going up
In smoke with all our memories

Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

Thursday 5 January 2012

Raylan Faris 6



Baru seawal tiga petang semangat Nika untuk berkerja sudahpun luntur. Masih ada enam jam lagi perlu dihabiskan oleh tubuh yang malas. Dia cuba menguasai diri untuk rajin cuba mengemaskan katil-katil pesakit yang kosong kemudian memeriksa rekod-rekod dalam buku catatan kerja tapi akhirnya dia berhenti disatu sudut dan mengelamun kecewa mengingatkan Faris. Entah mengapa dia boleh terjebak dalam ingatan pada lelaki yang menyakitkan hati itu.
Benaknya sejak dari tadi sesak oleh kata-kata terakhir Faris dengan kawannya semalam di depan hotel. Ingatan itu langsung tidak mahu lari dari benaknya, sungguh dia tidak berjaya mengusirnya keluar dari hati. Sejak lewat semalam sampai ke jam ini dia masih mendengar perkataan ‘kawan’ itu di kepalanya. Tak guna! Kenapalah dia harus memikirkannya.
“Nika!”
Dia tersedar ketika Zakiah muncul mengejut di hadapannya.
“Apa kena dengan kau ni, monyok tak tentu pasal,”
Dia tidak akan beritahu Zakiah pasal cerita itu. Tidak sama sekali. Diperkenalkan oleh suami sendiri yang dia sekadar kawan sudah cukup memalukan apalagi menceritakannya pada Zakiah.
“Aku biasa je..” jawab Nika dan kembali dengan kerjanya yang seperti sibuk walaupun hari itu nampaknya bahagian unit kecemasan kelihatan kosong.
“Sejak bila kau pandai sembunyikan rahsia dari aku?” Zakiah mendesak dan mengekori lagi dia hingga ke kawasan rawatan untuk penyakit asma.
“Tak ada apa-apa aku okey, aku cuma rindukan mak aku.. itu aje,” cuba memuaskan hati Zakiah dia menambah “dah seminggu aku tak telefon mak aku..” katanya jelas dan enggan berbincang lebih lanjut.
“Bukan fasal Faris,” laju saja nama itu keluar dari mulut Zakiah.
Nika menggeleng dan beralih ke sudut troli ubat-ubatan. Tapi tidak lama berada di situ namanya dipanggil oleh Dr. Julia dengan nyaring. Zakiah juga meninggalkannya dan pergi membantu seorang pesakit lelaki tua yang terbongkok-bongkok masuk bersama cucunya.
“Nika.. ready, di bilik emergency, kita ada mangsa kemalangan,” kata Dr. Julia padanya sambil bergegas.
Dia mengekori dari belakang dengan langkah lebih pantas menyusul Dr. Julia yang keluar menunggu di depan perkarangan unit kecemasan.
Tidak lama kemudian bunyi siren kereta ambulan masuk ke perkarangan jelas mencemaskan, orang ramai mula tertoleh-toleh ke belakang mereka. Nika, Dr.Julia dan Suzzie bersedia menyambut mangsa. Sebaik sahaja pintu belakang kereta ambulan itu dibuka Rafiq dan Husin keluar membawa turun troli pengusung dengan Dr. Julia lebih dulu menerpa.
“Kepala mangsa cedera teruk, bahagian dadanya tercucuk serpihan kaca!” beritahu Husin tercungap kepada Dr. Julia. Nika dan Suzzie kemudian mengambil alih troli pengusung. Dia berasa kengerian dan ngilu melihat muka dan seluruh tubuh di depannya dibasahi oleh darah pekat. Dua serpihan kaca panjang tertusuk pada dada mangsa. Orang-orang ramai yang berada di situ terjengket-jengket mahu melihat.
“Berhenti!....... berhenti!!” jerit seseorang yang cepat sahaja sudah berada di perantaraan antara Suzzie dan Dr. Julia sekaligus membuatkan Nika tersentak seketika melihat kemunculan Faris yang tiba-tiba mahu melihat mangsa di atas troli itu.
“Macam mana keadaannya?” tanya Faris.
“Parah,” sahut Dr. Julia.
Faris beralih pada Nika dan berkata, “tolong selamatkan dia,”
Mereka bertiga terus menarik troli dan masuk ke dalam bilik kecemasan dengan hati Nika tertanya-tanya apa kena dengan Faris. Siapa mangsa yang dirisaukannya itu?
Dalam bilik kecemasan satu pembedahan kecil dilakukan untuk mengeluarkan serpihan kaca dari badan mangsa. Nika membersihkan luka-luka hampir di keseluruhan muka dengan Suzzie membantunya. Dr. Julia cuba menghentikan pendarahan di bahagian kepala dan tubuh mangsa. Tapi Nika tidak yakin lelaki yang cedera parah ini boleh selamat. Sejurus kaca-kaca dikeluarkan dari tubuh mangsa Dr. Julia masih bersusah payah bila darah mangsa tidak berhenti keluar dari tubuhnya.
“Usus besar mangsa pecah dan berlaku pendarahan dalam perut,” kata Dr. Julia cemas. Nika memberikan beberapa lagi gauze pada Dr. Julia yang cuba menghentikan pendarahan.
Tiba-tiba jantung mangsa berhenti, mereka bertiga berpaling dan terkaku seketika melihat monitor defriblator yang memaparkan ritma jantung bertukar dari jaluran kusut kepada lurus dan berbunyi nyaring menandakan tiada lagi degupan jantung. Nika pantas memasangkan pad pada bahagian dada kanan dan rusuk kiri mangsa untuk membuat renjatan elektrik. Suzzie tercungap di sebelahnya.
“Buat renjatan jantung!” kata Dr. Julia. Nika segera menghulurkan alat pengecas pada Dr. Julia untuk memberikan kejutan dari arus elektrik pada jantung mangsa. Selepas menaikkan meter cas, Dr. Julia meletakkan alat tadi pada dada mangsa dan memberikan renjatan dalam kiraan tiga. Tubuh tidak bernyawa itu terangkat.
Nika melihat monitor yang masih memaparkan draf garis lurus yang tidak berubah. Dr. Julia membuat kejutan kali kedua, tidak ada tindak balas. Kali ketiga juga sama dan akhirnya dia mengesahkan kematian mangsa.
“Waktu kematian pukul 5.50 petang,” Dr. Julia memberi pengesahan. “Saya akan beritahu keluarganya..” katanya lagi lalu keluar.
Siapa ahli keluarga mangsa? Faris? Fikir Nika sambil dia dan Suzzie membuat kerja-kerja terakhir untuk si mati. Belum sampai seminit Dr. Julia keluar, dia dan Suzzie mendengar pertengkaran kuat di luar pintu.
He’s dead!!
Suara itu pantas membuatkan Nika mengangkat kepalanya sebelum terkedu lagi melihat Faris yang tiba-tiba sahaja merempuh pintu bilik tersebut dengan wajah yang bengang dan tidak percaya dengan apa yang Dr. Julia beritahu padanya tadi.
“Pendarahan yang teruk pada kepala dan usus dalaman mangsa,” jelas Dr. Julia yang mengekorinya di belakang.
“Atau kamu tidak berusaha keras untuk menyelamatkan nyawanya,” kata Faris bengang sambil merenung pada Nika tajam seolah-olah dialah penyebab lelaki itu mati.
Faris kemudian menghampiri mangsa yang telah ditutup dengan kain putih dan dengan kuat dia memukul dada kiri mangsa seperti cuba untuk menghidupkannya. Dr. Julia cuba melarang. Tapi Faris langsung tidak peduli dan kini menampar-nampar pipi lelaki yang benar-benar sudah tidak bernyawa lagi.
“Jeffry!!!!! Jeffry!!!!! Bangun bodoh!!” teriak Faris geram, bibirnya bergetap  marah.
“Encik… encik… tolong keluar, tak ada apa-apa yang perlu dibuat lagi, kami akan uruskan jenazahnya, kalau encik bukan ahli keluarganya lebih baik encik pergi dari sini..” arah Dr. Julia yang langsung tidak berkenan dengan sikap berang Faris.
“Okay..” sahut Faris dingin dan berjalan keluar ketika telefonnya bordering lalu diangkat dan mereka mendengar pula dia memaki dari corong talian. “Bodoh! Dia sudah mati!” jeritnya pada si pemanggil.
Nika mengeluh lega, bukan kerana Faris keluar dari situ tapi kerana lelaki itu tidak memberitahu pada semua orang di situ yang dia adalah suaminya tapi mujurlah Zakiah tidak ada. Bagaimanapun, itu bukan persoalan sebenar. Persoalan yang lebih penting di sini… apa hubungan Faris dengan lelaki yang sudah mati itu.
“Ada sesiapa kenal lelaki gila tu!” kata Dr. Julia ketika dia masuk semula.
Suzie menggeleng laju. Nika pula langsung tidak menyahut. Cuma hatinya sahaja yang berkata ‘ya.. betul, dia memang gila! Tidak syak lagi!’ desis hatinya.
Sekejap sahaja cerita pasal Faris meredah bilik kecemasan tersebar di unit mereka. Zakiah yang tidak berada dalam situasi itu menghayati cerita Suzzie pada waktu lapang tanpa seorang pesakit pun berdaftar.
“Lelaki tu berlagak betul! Macamlah dia tahu cara nak buat supaya lelaki tu hidup balik!” itu pendapat awal Suzzie tentang ‘suami’ yang Nika rahsiakan dari rakan-rakannya kecuali Zakiah dan dia bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa yang dia kenal sangat dengan lelaki yang sedang rancak mereka ceritakan sekarang.
“Dia tak cakap nak saman?” tanya Zakiah.
“Tak… dia cuma tahu sebut bodoh!” sahut Suzzie.
“Aku nampak dia berang betul di luar masa Dr. Julia jumpa dia…” kak Ira pula mencelah dan turut mengambil tempat duduk di sebelah Nika yang memejamkan matanya dan berharap benar dia sedang pekak ketika itu.
“Kamu tahu siapa lelaki yang mati tadi tu?” Husin pula datang. Zakiah lantas memusingkan kerusinya menghadap pada Husin yang serba tahu urusan di luar.
“Abang Husin kenal?” soal Nika tiba-tiba berminat hendak tahu soal lelaki yang telah pun mati lebih sejam yang lalu.
“Tak…” jawab Husin kemudian menyambung ceritanya. “Tapi polis baru saja datang tadi dan buat laporan yang lelaki tu seorang pengedar dadah paling dikehendaki di sini, kereta lelaki tu terlanggar lori masa kereta peronda kejar,”
Nika mendengking kuat menyebabkan mereka semua berpaling padanya. Cepat-cepat dia menutup mulutnya.
“Jadi.. lelaki yang mengamuk tu siapa! Geng si mati?” nampaknya Suzzie masih belum puas hati.
“Tak muncul-muncul lagi, polis langsung tak berminat dengan lelaki tu masa Dr. Julia cerita kat pegawai tingginya. Keluarga mangsa yang sebenar dah datang menuntut jenazah tadi,” jelas Husin lanjut.
Nika terlopong melihat Husin yang baru saja membuatkan dia orang yang paling berminat dengan kemunculan mengejut Faris lewat petang tadi. Dan selepas cerita Husin dia kembali menjadi pengingat akan banyak hal yang melibatkan Faris. Pertama, Faris datang ke wad kecemasan dengan tangan yang luka seperti diserang benda tajam. Kedua, Faris datang lagi menemui seorang lelaki bergari yang pernah dirawatnya kerana terkena tembakan dan petang tadi Faris muncul dengan kes kematian pengedar dadah yang sangat dikehendaki di KL. Faris penjenayahkah? Patutkah dia buat laporan? Atau telefon mak......
“Nika! Nika....” bahunya dipukul kuat. Zakiah berdiri di hadapannya. “Kenapa dengan kau ni? Jomlah pulang,”
Nika tersentak dan menyedari rakannya yang lain sudah hilang. Dia melihat jam di tangannya yang kini terlebih lapan minit waktu pulang. Syif petangnya berakhir dengan lebih banyak persoalan yang perlukan jawapan pasti. Pantas dia menuntun Zakiah dari belakang.
Mereka berdua tiba tepat di hadapan rumah Faris pada pukul 9.30 malam. Rumah itu bergelap menandakan Faris belum pulang lagi. ‘Bagus, dia tak ada.. jadi, ada kerja yang perlu dibuat..’ bisik hati Nika.
“Suami misteri kau tak ada di rumah, bolehlah terus tidur, tak payah masak atau... ehem.. ehem..” usik Zakiah. Tapi dia cepat-cepat pergi bila Nika menderam marah.
Nika bergegas masuk ke dalam rumah, semua lampu di luar dan dalam dihidupkan dan pemandangannya kini lebih menyenangkan. Seperti biasa matanya melilau ke mana-mana perabot mencari-cari habuk atau kotoran yang perlu dibersihkan besok hingga dia tiba ke tangga naik ke tingkat atas. Dia sebenarnya benci dengan keadaan sunyi rumah Faris ini. Kalau diikutkan teori sebenarnya dia adalah seorang yang penakut dan jarang berseorangan di rumah semasa dia masih bersama maknya di rumah kecil. Tapi semenjak tinggal bersama Faris di dalam rumah besar yang bungkam lagi sepi ini dia berjaya memujuk hatinya untuk menjadi berani dan nekad meneruskan hidup selain menanamkan rasa percaya yang dia akan selamat berada dekat dengan jejaka aneh lagi dingin itu.
Kakinya menjejak ke tingkat atas dengan rasa letih yang belum hilang. Sebelum dia mencadangkan pada dirinya sendiri agar masuk tidur akal jahatnya muncul mendadak sewaktu melihat pintu bilik Faris yang terbuka lebar dan empunya bilik itu masih belum pulang. Nika mendesak dirinya yang dia ada hak membongkar kehidupan sebenar Faris malah dia begitu teringin hendak mengetahui penyebab kemunculan Faris di unit kecemasan yang sangat mencurigakan petang tadi.
Kalau sebelum ini dia cuma menjadi seorang pembersih dalam bilik itu, hari ini dia mahu pergi lebih jauh lagi. Nika lantas masuk ke kamar bilik Faris. Seperti biasa katilnya kemas kecuali jika dia mengambil kira sehelai tuala mandi yang seperti dilontarkan saja oleh Faris di hujung katil. Nika yang sudah menyebatikan dirinya untuk berkemas melangkah pantas mengambil tuala tadi dan mengampainya di tempat yang disediakan dalam bilik mandi.
Kemudian dia kembali kepada niat asalnya untuk membongkar almari pakaian yang besar  yang melekat pada dinding di sebelah katil. Bagaimanapun, isinya mengejutkan benar... kemas dan rapi. Malah untuk seorang lelaki yang hanya suka berjaket coklat memang tiada apa-apa yang boleh membantu Nika. Di dalamnya hanyalah pakaian-pakaian berlipat selain dari minyak wangi dan barang keperluan lain Faris. Pintu almari yang lagi satu juga begitu, cuma mengandungi kemeja, jaket dan sut-sut yang tergantung kemas seperti tidak pernah dipakai. Nika menutup pintu-pintu almari pakaian tadi bersama rasa malap tetapi belum berputus asa. Dia meneruskan pencariannya ketika jam di tangannya menunjukkan pukul 9.55 malam. Dia kemudian menghampiri sebuah laci almari kecil yang terletak di sebelah katil. Di atas almari itu terdapat sebuah lampu tidur yang cantik.
Laci kecil itu ditariknya perlahan seolah-olah takut orang dengar walaupun dia sedar dia cuma keseorangan dalam rumah tersebut. Cahaya kuning dari sepasang lampu yang terletak di kepala katil merupakan sumber utama Nika selain dari cahaya dari luar pintu. Dia tidak mahu membuka lampu utama kerana bimbang dia akan lupa menutupnya kembali dan membolehkan Faris mengesyakinya apa-apa. Di dalam laci, dia menemui sebuah fail hitam yang bertindih dengan sebatang pen dan sebuah buku seperti diari yang juga berwarna hitam. Fail hitam itu ditariknya keluar.
Isinya cuma helaian kertas urusan perniagaan. Akaun sebuah syarikat, urusan yang sangat Nika tidak gemari. Dia terus membelek dan akhirnya menutup fail itu diringi rasa hampa yang perlahan-lahan menyelinap. Kemudian dia menyimpan fail itu semula dan mencapai diari hitam tadi. Namun diarinya kosong, tak ada benda yang Faris tuliskan di dalamnya, tapi... ketika Nika melarikan muka suratnya dengan tak disangka-sangka dia menemui sekeping gambar seorang wanita kurus, tinggi dan berpipi cengkung yang menawan. Bentuk badannya memang menggiurkan kalau dia lelaki dia pun akan tertawan dengan kecantikkan wanita dalam gambar itu.
Nika mengambil gambar itu dan mencari catatan nama atau apa-apa sahaja di belakangnya tapi tidak ada. Dia membelek dari muka surat pertama diari itu kerana yakin mesti ada yang memberinya maklumat lebih lanjut dan akhirnya menemui nama Jasmine tertulis dalam bentuk tulisan tangan berukir yang cantik serta kemas di bahagian kedua terakhir lembaran diari milik Faris.
Serentak dengan penemuan nama Jasmine, jantungnya berdetak kencang dan hatinya tiba-tiba seperti terguris. Dia tidak tahu kenapa? Sesaat seterusnya Nika cuba menahan airmatanya yang bergenang dari tertumpah, dia melihat di bahagian bawah satu catatan ringkas yang pastinya dicoret oleh Faris sendiri yang tak sanggup hendak dibacanya tapi tidak dapat mengelakkan mata dari terpandangnya kalau ia tertera jelas di situ tanpa perkataan lain.
‘ i love u Jasmine’
i’m sorry – R. Faris